Wednesday, September 1, 2010

I'm Home...Tadaemass..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah selamat juga sampai akhirnya ke rumah.. Tak sia-sia perjalanan selama 9 jam tadi..Letih dan penat? Of coz la.. Tp yg pntg aku dh sampai rumah.. hehehe... Sebenarnya perjalananku ini bukanlah dirancang.. On the spot n tergesa2 lbh tepat.. Begini ceritanya...

Semalam merupakan hari yang kunanti2 kan kerana last class b4 bcuti raya... Paginye ad test PJ Suaian..(X study pe pun trus jawab je..Harap2 ok la result nnt) Lpas 2 Yan, kawanku pulak minta tolong temankannya untuk setelkan surat jemputan penyelia untuk PDK. Nasib sume bjalan lncr.. Sesudah 2 aku blk ke klj n on FB.. Tp malangnya dapat berita x best la plak, bus tunda.. Mmg tensen n x mood nk g kls petang. Trus ak call Rumah n mak ak ckp blk je la mlm ni jgk (Ihb). Pe lagi dah dapat greenlight akupun mntk tlg Atul plak belikan tiket..(Nasib Baik ada lagi tiket, huhuhu...)

Akupun trus kemaskan brg2 nk bwk blk rya n bsiap2 nk ke kls ptg plak (just discussion dgn tutor tntg mini tesis yg perlu diselesaikan..) Pada mulanya aku ingatkan aku akan pulang 2hb iaitu harini. Tapi aku dapat berita bahawa bus ditunda ke 3hb.. Sakit ati? Memangpun.. Apa lagi, aku amik keputusan balik je terus lps pjumpaan dgn tutor.. Tak sanggup rasanya nak menunggu lg 2 ari untuk pulang. Sedangkan urusanku di kolej dah selesai.. Lebih baik aku cepat2 pulang. Sekurang2 nya aku dapat menonton tv n dvdku.. Telah lama rasanya aku meninggalkan minatku yang utama ini...

Terima kasih tak terhingga pada kawanku Atul kerana membantuku untuk membeli tiket (Nasib baik ada lagi, huhuhu...)

Buat kawan2ku semua, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri n Maaf Zahir & Batin.. Smoga anda semua selamat pulang ke destinasi masing2..

p/s wk otai ku, cik wanie piera....
tq 4 kad raya, ak x men r kad rya..mesej je aci la kot..
kalu nk jgk bak almt ek..
InsyaALLAH b4 rya smpi k..
hehehe...

Apa Ada Pada Umur???

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini genaplah usiaku 23 tahun. Semua orang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir dan seumpama dengannya. Ada juga yang sibuk bertanya bila mahu bertemu jodoh. Bagaimana ingin kuucapkan sekiranya aku juga tidak tahu jawapannya. Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t. Aku tahu kita sepatutnya berusaha untuk mencari kebahagiaan dan bukannya hanya menunggu kebahagiaan datang bergolek. Namun nak buat camne, dah memang aku ni belum bersedia lagi..hehehe..

Berbalik pada tajuk entry kali ini, APA ADA PADA UMUR??? Apa pendapat kalian semua? Bagi aku umur hanyalah angka. Jawapan streotaip? mmgpun.. Betul kan umur hanyalah angka..hehehe.. Umur bukannya pengukur kepada kehidupan seseorang. Ada yang semakin berumur semakin LUPA DIRI dan ada juga yang semakin berumur semakin SEDAR DIRI.. yang LUPA DIRI selalunya akan berkata, "Aku masih muda, buat apa hidup susah2,kita enjoy dulu..nanti dah tua baru kita beramal, buat kebaikan..hidup hanya sekali beb..". Betulkah sekiranya kita berfikiran begini? Yang SEDAR DIRI pula, dari dulu, kini dan selamanya InsyaALLAH akan senantiasa cuba untuk mempertingkatkan amal ibadah bagi mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Yang Maha Kuasa..

Renung2 kan lah sama ada kita berada di pihak yang mana..LUPA DIRI atau SEDAR DIRI.. Bukannya aku ingin mengatakan bahawa aku sudah cukup baik, malahan aku merasakan bahawa akulah insan yang paling HINA kerana masih tercari-cari petunjuk untuk senantiasa berada dekat dengan ALLAH S.W.T.. Kadang2 aku akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan amal ibadat dan ada juga ketika di mana aku lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu Ya ALLAH.. Ampunkanlah hambaMu ini..Bantulah aku agar senantiasa berpegang dengan ajaran Islam dan berada dalam perlindungan dan keredhaanMu Ya Allah..

Umur juga sering dikaitkan dengan jodoh. Yang tua akan bertanya, "Bila la kamu nk kawin nie..Mak nak jugak merasa dapat tittle nenek. Takkan nak solo je kot. Umur kamu makin lama makin meningkat tua bukannya makin muda. Mak bukannya apa, nanti sakit pening kamu ada orang jaga." Inilah antara yang selalu ditanyakan.. Apo den buleh jawab laie kalu udah omak pun mulo bising2 kat kampung.. huhuhu.. Tapi nak buat cmne, zaman skang nie bukan senang nak cari pasangan hidup yg benar2 memahami dan bertanggungjawab. Memang ramai yang boleh mengungkapkan janji manis tapi berapa ramai yang mampu untuk mengotakannya? Lihat saja di dada2 akhbar skang, blh dikatakan setiap hari ada saja kes pembuangan bayi, pembunuhan dan percerian lagi2 melibatkan ORANG MELAYU.. Bukan bersifat perkauman tapi itulah kebenarannya.. Wahai bangsa Melayu, bangkitlah dari bergelumang dengan dosa sebaliknya marilah kita bsama2 bersaing untuk memajukan bangsa dan agama ISLAM..

Cukuplah kalau aku katakan bahawa aku masih belum bersedia untuk menghadapi kehidupan berumah n bertangga.. Biarlah aku benar2 bersedia dari segi mental, rohani, jasmani dan emosi dahulu. Kalau boleh aku nak kawin sekali shaja n kalau boleh juga biarlah berkekalan sehingga akhir hayatku.. Biarlah aku menjadi bidadari pasanganku di dunia dan di akhirat kelak.. InsyaALLAH..

Cukup setakat ini sahaja aku merapu kali ini, ada masa lagi aku akan menulis.. Maafkan aku andai tersalah or terkasar bahasa..Sowie..