Wednesday, September 1, 2010

Apa Ada Pada Umur???

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini genaplah usiaku 23 tahun. Semua orang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir dan seumpama dengannya. Ada juga yang sibuk bertanya bila mahu bertemu jodoh. Bagaimana ingin kuucapkan sekiranya aku juga tidak tahu jawapannya. Bukankah ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t. Aku tahu kita sepatutnya berusaha untuk mencari kebahagiaan dan bukannya hanya menunggu kebahagiaan datang bergolek. Namun nak buat camne, dah memang aku ni belum bersedia lagi..hehehe..

Berbalik pada tajuk entry kali ini, APA ADA PADA UMUR??? Apa pendapat kalian semua? Bagi aku umur hanyalah angka. Jawapan streotaip? mmgpun.. Betul kan umur hanyalah angka..hehehe.. Umur bukannya pengukur kepada kehidupan seseorang. Ada yang semakin berumur semakin LUPA DIRI dan ada juga yang semakin berumur semakin SEDAR DIRI.. yang LUPA DIRI selalunya akan berkata, "Aku masih muda, buat apa hidup susah2,kita enjoy dulu..nanti dah tua baru kita beramal, buat kebaikan..hidup hanya sekali beb..". Betulkah sekiranya kita berfikiran begini? Yang SEDAR DIRI pula, dari dulu, kini dan selamanya InsyaALLAH akan senantiasa cuba untuk mempertingkatkan amal ibadah bagi mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Yang Maha Kuasa..

Renung2 kan lah sama ada kita berada di pihak yang mana..LUPA DIRI atau SEDAR DIRI.. Bukannya aku ingin mengatakan bahawa aku sudah cukup baik, malahan aku merasakan bahawa akulah insan yang paling HINA kerana masih tercari-cari petunjuk untuk senantiasa berada dekat dengan ALLAH S.W.T.. Kadang2 aku akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan amal ibadat dan ada juga ketika di mana aku lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu Ya ALLAH.. Ampunkanlah hambaMu ini..Bantulah aku agar senantiasa berpegang dengan ajaran Islam dan berada dalam perlindungan dan keredhaanMu Ya Allah..

Umur juga sering dikaitkan dengan jodoh. Yang tua akan bertanya, "Bila la kamu nk kawin nie..Mak nak jugak merasa dapat tittle nenek. Takkan nak solo je kot. Umur kamu makin lama makin meningkat tua bukannya makin muda. Mak bukannya apa, nanti sakit pening kamu ada orang jaga." Inilah antara yang selalu ditanyakan.. Apo den buleh jawab laie kalu udah omak pun mulo bising2 kat kampung.. huhuhu.. Tapi nak buat cmne, zaman skang nie bukan senang nak cari pasangan hidup yg benar2 memahami dan bertanggungjawab. Memang ramai yang boleh mengungkapkan janji manis tapi berapa ramai yang mampu untuk mengotakannya? Lihat saja di dada2 akhbar skang, blh dikatakan setiap hari ada saja kes pembuangan bayi, pembunuhan dan percerian lagi2 melibatkan ORANG MELAYU.. Bukan bersifat perkauman tapi itulah kebenarannya.. Wahai bangsa Melayu, bangkitlah dari bergelumang dengan dosa sebaliknya marilah kita bsama2 bersaing untuk memajukan bangsa dan agama ISLAM..

Cukuplah kalau aku katakan bahawa aku masih belum bersedia untuk menghadapi kehidupan berumah n bertangga.. Biarlah aku benar2 bersedia dari segi mental, rohani, jasmani dan emosi dahulu. Kalau boleh aku nak kawin sekali shaja n kalau boleh juga biarlah berkekalan sehingga akhir hayatku.. Biarlah aku menjadi bidadari pasanganku di dunia dan di akhirat kelak.. InsyaALLAH..

Cukup setakat ini sahaja aku merapu kali ini, ada masa lagi aku akan menulis.. Maafkan aku andai tersalah or terkasar bahasa..Sowie..

2 comments:

  1. kmu mmg pndai bkta2..aha...
    mga stiap pnlisan s brkatiNya...
    klu da ready bru ley kwen ye...

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    akhirnyer ttulis n terisi jgk ak pye blog..huhuhuh..

    ReplyDelete